Maklumat tentang perlindungan data
Kita amat tegas dengan perlindungan data dan kerahsiaan dan mematuhi peruntukan Peraturan Perlindungan Data Umum EU (EU-GDPR) serta peraturan perlindungan data negara semasa. Sila baca maklumat perlindungan data ini dengan teliti sebelum menghantar laporan.
Tujuan dan asas undang-undang sistem pemberi maklumat
Sistem pemberi maklumat (BKMS® System) bertindak untuk menerima, memproses dan menguruskan laporan mengenai pelanggaran terhadap perintah pematuhan Pfeiffer Vacuum secara sulit dan selamat. Pemprosesan data peribadi di dalam kerangka BKMS® System adalah berdasarkan kepada kepentingan syarikat kami yang dijustifikasikan dalam membongkar dan mencegah penyalahgunaan dan dengan itu dapat mengindari kerugian terhadap Pfeiffer Vacuum, pekerja dan pelanggan mereka. Asas undang-undang bagi pemprosesan data kami adalah Artikel 6(1)(f) daripada GDPR (Peraturan Perlindungan Data Umum).
Pihak yang bertanggungjawab
Pihak yang bertanggungjawab terhadap perlindungan data dalam sistem pemberi maklumat adalah
- Pfeiffer Vacuum Technology AG dan
- subsidiari-subsidiarinya
sebagai pihak yang saling mempunyai tanggungjawab autonomi (selepas ini dirujuk juga sebagai: “Pfeiffer Vacuum”). Sistem pemberi maklumat ini dikendalikan oleh sebuah syarikat yang khusus, EQS Group GmbH, Bayreuther Str. 35, 10789 Berlin di Jerman, bagi pihak Pfeiffer Vacuum.
Data peribadi dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem pemberi maklumat disimpan dalam pangkalan data di sebuah pusat data berkeselamatan tinggi yang dikendalikan oleh EQS Group GmbH. Hanya Pfeiffer Vacuum yang boleh melihat data tersebut. EQS Group GmbH dan pihak ketiga yang lain tidak mempunyai akses kepada data. Ini dijamin dengan tatacara yang diperakui melalui langkah-langkah teknikal dan organisasi yang meluas.
Semua data yang disimpan disulitkan dengan perlindungan kata laluan berbilang aras supaya akses dibataskan kepada sebilangan kecil orang yang diberi kuasa secara jelas di Pfeiffer Vacuum.
Pfeiffer Vacuum telah melantik seorang pegawai perlindungan data. Pertanyaan mengenai perlindungan data di Pfeiffer Vacuum boleh dihantar kepada gds – Gesellschaft für Datenschutz Mittelhessen mbH, datenschutz@gdsm.de.
Jenis data peribadi yang dikumpulkan
Penggunaan sistem pemberi maklumat adalah secara sukarela. Jika anda menghantar laporan melalui sistem pemberi maklumat ini, kami mengumpulkan data peribadi dan maklumat berikut:
- nama anda, jika anda memilih untuk mendedahkan identiti anda,
- sama ada anda bekerja di Pfeiffer Vacuum, dan
- nama-nama orang dan data peribadi lain bagi seseorang yang boleh anda nyatakan dalam laporan anda.
Pengendalian laporan secara sulit
Laporan masuk diterima oleh sebilangan kecil pekerja yang diberi kuasa secara jelas dan dilatih khas oleh organisasi pematuhan Pfeiffer vacuum dan sentiasa dikendalikan secara sulit. Pekerja di dalam organisasi pematuhan Pfeiffer Vacuum menilai perkara itu dan melaksanakan apa-apa siasatan lanjut yang diperlukan secara khusus.
Semasa memproses laporan atau menjalankan siasatan khas, laporan mungkin perlu disalurkan kepada pekerja tambahan Pfeiffer Vacuum atau pekerja syarikat kumpulan lain, misalnya jika laporan itu merujuk kepada aktiviti di dalam subsidiari. Subsidiari ini mungkin berada di negara-negara luar Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah dengan peraturan yang berbeza tentang perlindungan data peribadi. Kami akan sentiasa memastikan supaya peraturan perlindungan data yang terpakai dipatuhi apabila berkongsi laporan.
Semua orang yang mendapat akses kepada data diwajibkan untuk mengekalkan kerahsiaan.
Maklumat tentang yang tertuduh
Dari segi undang-undang, kami wajib memaklumkan kepada pihak tertuduh tentang sebarang laporan yang diterima terhadap mereka sebaik sahaja pendedahan maklumat ini tidak lagi menjejaskan penyiasatan. Identiti anda sebagai pemberi maklumat tidak akan didedahkan kecuali kami terikat dari segi undang-undang untuk melakukannya.
Hak-hak terhadap subjek data
Menurut perundangan perlindungan data Eropah, anda dan orang yang dinamakan di dalam laporan itu berhak untuk mengakses, membetulkan, memadam, mengehadkan pemprosesan dan membantah pemprosesan data peribadi anda. Jika hak untuk membantah pemprosesan data peribadi itu dibangkitkan, keperluan data yang disimpan untuk pemeriksaan laporan akan dinilai dengan segera. Data yang tidak diperlukan lagi akan dipadam dengan serta-merta. Anda juga berhak untuk merayu kepada pihak berkuasa penyeliaan.
Tempoh penyimpanan data peribadi
Data peribadi disimpan selama yang perlu untuk menjelaskan situasi dan melaksanakan pentaksiran muktamad atau selagi kepentingan yang sah wujud di pihak syarikat ataupun penyimpanan itu dikehendaki oleh undang-undang. Selepas pemprosesan laporan selesai, data itu akan dipadamkan selaras dengan keperluan berkanun.
Penggunaan portal pemberi maklumat
Komunikasi antara komputer anda dengan sistem pemberi maklumat berlaku melalui sambungan dienkripsi (SSL). Alamat IP anda tidak akan disimpan semasa anda menggunakan sistem pemberi maklumat. Untuk tujuan mengekalkan sambungan antara komputer anda dengan BKMS® System, kuki yang disimpan pada komputer anda hanya mengandungi ID sesi (disebut kuki sesi). Kuki ini hanya sah sehingga akhir sesi anda dan luput apabila anda menutup penyemak imbas anda.
Anda mempunyai pilihan untuk menyediakan peti mel dalam sistem pemberi maklumat yang dilindungi dengan nama samaran/nama pengguna dan kata laluan yang dipilih sendiri. Ini membolehkan anda menghantar laporan kepada pekerja bertanggungjawab secara berasingan di Pfeiffer Vacuum sama ada dengan nama atau secara tanpa nama dengan selamat. Sistem ini hanya menyimpan data dalam sistem pemberi maklumat, yang menjadikannya sangat terjamin. Ini bukan bentuk komunikasi e-mel yang biasa.
Nota mengenai penghantaran lampiran
Semasa menghantar laporan atau tambahan, anda boleh menghantar lampiran secara serentak kepada pekerja Pfeiffer yang bertanggungjawab. Jika anda ingin menghantar maklumat keselamatan laporan tanpa nama, sila ambil perhatian terhadap nasihat keselamatan berikut: fail mungkin mengandungi data peribadi tersembunyi yang boleh merisikokan ketanpanamaan anda. Hapuskan data ini sebelum hantar. Jika anda tidak boleh menghapuskan data ini atau tidak pasti mengenai cara untuk berbuat demikian, salin teks lampiran anda ke dalam teks laporan anda atau hantar dokumen bercetak secara tanpa nama ke alamat yang telah disenaraikan, dengan menyatakan nombor rujukan di akhir proses laporan anda.
Versi: Julai 2019