Sistem pemberi maklumat - Maklumat perlindungan data untuk Jerman
Kami amat tegas dalam perlindungan data dan kerahsiaan dan mematuhi peruntukan Peraturan Perlindungan Data Umum EU (GDPR) serta peraturan perlindungan data negara semasa. Sila baca maklumat privasi ini dengan teliti sebelum menghantar laporan.
Pihak yang bertanggungjawab dan perlindungan data yang bertanggungjawab:
Pihak yang bertanggungjawab untuk pemprosesan data ialah:
ALDI Einkauf GmbH & Co. OHG
Eckenbergstraße 16
45307 Essen
Tanggungjawab perlindungan data boleh dicapai melalui e-mel di datenschutz@aldi-nord.de dan melalui mel kepada ALDI Einkauf GmbH & Co. OHG, z.Hd. Datenschutzbeauftragter, Eckenbergstraße 16, 45307 Essen.
Tujuan sistem pemberi maklumat, asas undang-undang dan penyedia
Sistem pemberi maklumat (BKMS® System) berfungsi untuk menerima, memproses dan mengurus laporan mengenai pelanggaran terhadap peraturan pematuhan secara sulit dan terjamin. Pemprosesan data peribadi dalam kerangka BKMS® System adalah berdasarkan pada kepentingan sah syarikat kita untuk membongkar dan mencegah penyalahgunaan, dan dengan itu dapat menghindari kerugian terhadap syarikat, pekerja dan pelanggannya.
Sistem pemberi maklumat ini dikendalikan oleh sebuah syarikat yang khusus, EQS Group GmbH, Bayreuther Str. 35, 10789 Berlin di Jerman, bagi pihak ALDI Einkauf.
Asas undang-undang bagi pemprosesan data peribadi ini ialah Perkara 6 perenggan 1 titik f GDPR.
Pemprosesan data peribadi
Data peribadi dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem pemberi maklumat disimpan dalam pangkalan data di sebuah pusat data berkeselamatan tinggi yang dikendalikan oleh EQS Group GmbH. Hanya pekerja yang kompeten dan diberi kuasa oleh ALDI Einkauf mempunyai akses kepada data. EQS Group GmbH dan pihak ketiga yang lain tidak mempunyai akses kepada data. Ini dijamin dengan tatacara yang diperakui melalui langkah-langkah teknikal dan organisasi yang meluas.
Semua data yang disimpan disulitkan dengan berbilang tahap perlindungan kata laluan supaya akses terbatas kepada sebilangan kecil orang yang kompeten dan diberi kuasa secara jelas di ALDI Einkauf.
Jenis data peribadi yang dikumpulkan
Penggunaan sistem pemberi maklumat adalah secara sukarela. Jika anda menyerahkan laporan melalui sistem pemberi maklumat, kami mengumpulkan data peribadi dan maklumat berikut setakat mana yang anda kongsikan:
- nama anda,
- tempat anda bekerja, dan
- nama-nama orang dan data peribadi lain orang yang anda senaraikan dalam laporan anda, jika berkenaan.
Pengendalian laporan secara sulit
Laporan masuk diterima oleh sekumpulan kecil pekerja yang kompeten dan diberi kuasa dengan jelas dan dilatih khas oleh organisasi pematuhan ALDI Einkauf dan sentiasa dikendalikan secara sulit. Pekerja organisasi pematuhan ALDI Einkauf menilai perkara itu dan melaksanakan apa-apa siasatan lanjut yang diperlukan mengikut kes khusus.
Semasa memproses laporan atau menjalankan siasatan khas, laporan mungkin perlu dikemukakan kepada pihak-pihak lain. Kami akan sentiasa memastikan supaya peraturan perlindungan data yang terpakai dipatuhi semasa perkongsian laporan.
Semua orang yang mendapat akses kepada data diwajibkan untuk mengekalkan kerahsiaan.
Maklumat tentang yang tertuduh
Dari segi undang-undang, kami wajib memaklumkan kepada pihak tertuduh tentang apa-apa laporan yang diterima terhadap mereka sebaik sahaja pendedahan maklumat ini tidak lagi menjejaskan penyiasatan. Identiti anda sebagai pemberi maklumat, walaupun sekiranya anda sendiri yang mendedahkan identiti anda, tidak akan didedahkan secara amnya.
Hak anda
Menurut perundangan perlindungan data Eropah, anda dan orang yang dinamakan dalam laporan itu mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, memadam, mengehadkan pemprosesan dan hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda. Jika hak untuk membantah pemprosesan data peribadi itu digunakan, keperluan data yang disimpan untuk pemeriksaan laporan akan dinilai dengan segera. Data yang tidak diperlukan lagi akan dipadamkan serta-merta. Anda juga berhak membuat rayuan kepada pihak berkuasa penyeliaan.
Tempoh penyimpanan data peribadi
Data peribadi disimpan selama yang perlu untuk menjelaskan situasi dan melaksanakan penilaian muktamad atau selagi kepentingan yang sah wujud di pihak syarikat ataupun penyimpanan itu dikehendaki oleh undang-undang. Selepas pemprosesan laporan selesai, data itu akan dijadikan tanpa nama dan dipadamkan selaras dengan keperluan berkanun.
Penggunaan portal pemberi maklumat
Komunikasi antara komputer anda dengan sistem pemberi maklumat dilakukan melalui sambungan disulitkan (SSL). Alamat IP anda tidak akan disimpan semasa anda menggunakan sistem pemberi maklumat. Untuk tujuan mengekalkan sambungan antara komputer anda dengan BKMS® System, kuki yang disimpan pada komputer anda cuma mengandungi ID sesi (disebut kuki sesi). Kuki ini hanya sah sehingga akhir sesi anda dan tamat tempoh apabila anda menutup penyemak imbas anda.
Anda mempunyai pilihan untuk menyediakan peti mel di dalam sistem pemberi maklumat yang dilindungi dengan nama samaran/ nama pengguna dan kata laluan yang dipilih sendiri. Ini membolehkan anda menghantar laporan sama ada berserta nama atau secara tanpa nama dengan selamat. Sistem ini hanya menyimpan data dalam sistem pemberi maklumat, yang menjadikan sistem ini sangat selamat. Sistem ini bukan berbentuk komunikasi e-mel biasa.
Nota mengenai penghantaran lampiran
Semasa menghantar laporan atau tambahan, anda boleh menghantar lampiran secara serentak. Jika anda ingin menghantar laporan tanpa nama, harap maklum tentang nasihat keselamatan berikut: fail mungkin mengandungi data peribadi tersembunyi yang boleh membahayakan ketanpanamaan anda. Keluarkan data ini sebelum dihantar. Jika anda tidak dapat mengeluarkan data ini atau tidak pasti mengenai cara untuk berbuat demikian, salin teks lampiran anda ke dalam teks laporan anda atau hantar dokumen bercetak secara tanpa nama ke alamat yang telah disenaraikan di pengaki, dengan menyatakan nombor rujukan di akhir proses pelaporan.
Maklumat tentang perlindungan data untuk laman web
Harap maklum juga tentang maklumat perlindungan data di laman web kami:
https://www.aldi-nord.de/tools/datenschutzhinweis.html